Imam Masjid Negara ditampar seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab ketika solat Jumaat hari ini. – Foto Astro Awani

Suasana solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab bertindak menampar Imam 2 Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika beliau sedang mengimamkan solat.

Saksi berkata, kejadian berlaku ketika solat di rakaat pertama dan imam baru saja selesai membaca surah Al-Fatihah, tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Lelaki terbabit juga bertindak merampas pembesar suara dan berkata “You go Back!” berulang kali.

Video kekecohan di masjid itu dan tangkapan lelaki terbabit kini viral di laman sosial.

Advertisements

Imam berkenaan juga mengesahkan beliau ditampar.

Baca: Imam Masjid Negara jelaskan insiden ditampar

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit didapati tidak waras dan sering bercakap seorang diri.

“Menurut suspek, semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat,” katanya menerusi kenyatan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan militan Islam (IS) tetapi dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak keluar daripada saf solat dan meluru ke arah Mohd Zuhairee yang ketika itu sedang membaca surah.

Suspek kemudiannya menolak dan bertindak menampar pipi sebelah kanan Mohd Zuhairee selaincuba mengambil alih untuk menjadi imam solat Jumaat.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan.

Mohd Zuhairee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam laporannya, dia mendakwa tamparan lelaki itu telah menyebabkan kepalanya sakit.

Advertisements

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share